![]() |
Supergirl ![]() She's mine forever :'** asal usul nama PAYA REDAN n KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PAYA REDAN
Wednesday, November 9, 2011, 6:37 AM , 0 notification[s]
hai korang...korang pernah terfikir tak dari mane asal usul dtgnya kampung korang,nie apit nak cerita tentang asal usul kg apit...KAMPUNG PAYA REDAN SEJARAH ASAL USUL NAMA PAYA REDAN Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah gabungan bagi perkataan ” Paya” iaitu kawasan kampung ini yang berpaya pada asalnya… dan “Redan ” iaitu banyaknya pokok redan yang terdapat disini. Maka, peneroka awal disini menamakannya KAMPUNG PAYA REDAN. Mengikut cerita asalnya, paya redan adalah kawsan sawah padi. Sebab itulah kawasan ini berpaya dan sesuai dengan tanaman tersebut. KEMUDAHAN AWAM DI KAMPUNG PAYA REDAN Sekolah Kebangsaan Paya Redan ialah sebuah sekolah rendah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Johor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1954. Bilangan muridnya ketika itu adalah seramai 35 orang (20 orang murid darjah 1 dan 15 orang murid darjah 2) manakala bilangan tenaga pengajar ialah seramai dua orang. Sekolah ini asalnya ialah sebuah sekolah rakyat dan gurunya telah disediakan oleh kerajaan dan bertaraf “Guru Rakyat”. Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai dua bilik darjah berdindingkan papan, berlantaikan simen dan beratapkan zink dengan ukuran 25 X 60 kaki. Kos pembinaan sekolah ini telah ditanggung oleh orang kampung kerana sebelum ini mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka belajar di SK. Kg. Raja yang jaraknya sejauh 8 km. Pada tahun 1962, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan separuh kekal yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Terdapat enam buah kelas dengan jumlah murid seramai 182 orang. Oleh kerana bangunan ini didirikan di atas tanah berpaya, bangunan ini telah mendap dan retak. Bangunan ini lalu dirobohkan dan bangunan baru yang didirikan oleh orang kampung dibaiki dan dinaik taraf pada 1990. Dua tahun kemudian bangunan separuh kekal telah dibina. Sementara itu pada tahun 1982 didirikan pula bangunan dua tingkat dengan kemudahan pejabat, perpustakaan, stor, tandas dan tiga bilik darjah. Sehingga ke hari ini sekolah mempunyai 10 buah kelas dan mempunyai tenaga pengajar seramai 30 orang termasuk pentadbir dan dibantu oleh seorang pembantu tadbir serta seorang pembantu am rendah. Kini, dua blok empat tingkat sedang dalam pembinaan dan dijangkakan siap pada hujung tahun 2010.Ini menjadikan SK Paya Redan sebuah sekolah yang serba lengkap.Ini juga dapat menampung murid yang semangkin ramai hampir 400 orang.Tenaga pengajarnya pula sebilangan besarnya adalah lulusan dari universiti. MASJID KAMPUNG PAYA REDAN Masjid Kampung Paya Redan ialah sebuah masjid di Pagoh, Muar, Johor. Masjid ini telah dibina seawal tahun 1920-an lagi. Orang yang bertanggungjawab merealisasikan & menyelia pembinaan masjid ini dengan menggunakan kemahiran ketukangan tradisional di waktu itu adalah ketua kampung pertama iaitu Hj Mustahir bin Mukri. Beliau bersama beberapa rakan juga dikatakan sebagai kumpulan pertama penduduk yang bertanggungjawab meneroka & membuka kampung Paya Redan. Masjid ini dibina dengan papan dan kayu sepenuhnya. Kini, masjid baru telah dibina bersebelahan dengan masjid lama. Walau bagaimanapun, masjid lama ini masih digunakan lagi. Pada hari ini, Masjid Kampung Paya Redan telah diperindahkan dan sering menjadi rumah ibadat serta persinggahan mereka yang melalui Jalan Muar-Labis (Selatan ke Pantai Timur). haaa...tu la asal name paye redan.. hehehhe..oke la kawan2 bye2.. |