Super ohsemmm.

Supergirl



She's mine forever :'**









rasulullah S.A.W
Friday, February 17, 2012, 2:47 AM , 0 notification[s]
allright,assalammualaikumm :)
sehat??mesti la sehat kann,,,pelik dengan post kali nie?
mesti tak pelik kan..macam xbiasa la pulak bab2 agama nie kan..arinie teringin nak jadi ustaz kejap nak cerita pasal rasulullah..

nak tau kenapa apit buat post nie?? post nie semperna maulidurrasaul yang dah lepas,
tak sempat apit nak buat post masa tu..bizi sikit..
so,sekarang tak tau nak buat ape so apit buat la post nie kan..

okey,apit nak cerita sikit pasal biodata rasulullah s.a.w..



Profile atau biodata Nabi Muhammad SAW
Nama komersial: Nabi Muhammad SAW
Nama sebenar: Muhammad bin Abdullah
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
Nama ibu: Aminah binti Wahab
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Agama: Islam
Bangsa: Arab
Status: Berkahwin
Isteri Nabi Muhammad SAW:.
1) Khadijah Binti Khuwailid
2) Saudah Binti Zam’ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8) Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Nabi Muhammad SAW:.
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra’
8) Halah bin Hind (anak tiri Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah)

Biography Nabi Muhammad SAW:.
USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
haaa..korang dah bace kan,okey ..hebat tak post kali nie..so marilah kita same2 selawat keatas bagida.
cikgu ade bagi tau bile 1x kite berselawat keatas nabi bersamaan 10x selawat keatas diri kita.subhanallah sungguh menakjub kan..okey la korang that all ..
bye-bye semua n assalammualaikum:) 

p/s: SELAMI JIWA SELAMI AKAL SELAMI LAUTAN DALAM :)